SUCCESS IS SWEET

SUCCESS IS SWEET
Be the root of a tree and grow into the direction that you want, STRONG!

Wednesday, August 24, 2011

Pembayaran Yuran 2010 / 2011

PTBJU memohon kerjasama ibubapa / penjaga untuk menjelaskan Yuran pada masa yang ditetapkan kerana ini akan dapat memBantu melancarkan perjalanan Kelas Dan program2 yang telah disusun.

Sehingga hari ini, masih Ada pelajar yang tertunggak bayaran antara 1-3 bulan.
Yang lebih menyedihkan Ada yang memohon bayar lewat kerana masalah kewangan Dan walaupun 1 Tahun telah berlalu masih tidak menjelaskan bayaran tersebut sedangkan anak telah selesai menduduki peperiksaan UPSR 2010.

Kos yang ditanggung PTBJU amatlah tinggi Dan menjadi satu bebanan yang semakin tidak terpikul.
Ini menyebabkan PTBJU terpaksa menahan pelajar2 dari mengikuti kelas setelah tempoh tertentu diberikan. PTBJU telah berusaha memperingati ibubapa tentang bayaran setiap bulan. Secara peribadi saya tidak sampai hati menahan pelajar yang berminat untuk belajar hadir ke Kelas. Namun begitu, Ada masa tindakan yang drastik itu perlu.

Peliharalah keberkatan ilmu yang anak2 kita perolehi.

Saya Boleh memBantu tetapi bantuan lebih afdal bagi anak2 yatim, yatim piatu Dan bagi kalangan orang2 miskin Dan amatlah jelas bahawa penduduk di Bukit Jelutong, Bukit Subang Dan Denai Alam tidak berada di dalam kategori "orang miskin".

Kelas Tambahan PMR 2011

Tempt :
Bukit Jelutong Dan Bukit Subang

Bayaran :
RM50 (ditolak Dari deposit)
RM100 (pelajar luar - 10 pelajar sahaja bagi setiap cawangan - daftar Segera)

Tumpuan:
- latihtubi soalan2 peperiksaan, formula Dan format
- perbincangan
- menyelesaikan masalah, kekusutan Dan kesangsian yang mungkin Akan wujud sebelum PMR
- persediaan mental

Kelas Tambahan UPSR Sesi 2

Kelas Tambahan ini Akan dijalankan Pada 5/9/2011 - 9/9/2011 (Isnin - Jumaat) di PTBJU Bukit Jelutong 7:50 - 9:50 malam.

Bayaran:
RM50 (tolak deposit semasa pendaftaran)
Pelajar luar RM100 ( 10 pelajar pertama yang mendaftar Dan membayar sahaja)- sila ke Bukit Jelutong (atas farmasi Mylife)

Tumpuan:
- persediaan Minda
- format dan formula
- brainstorming
- kuiz2
- menjawab persoalan / kekeliruan yg mungkin wujud di kalangn pelajar tentang pelajaran
- membincangkan tips2 yang dapat membantu pelajar, insyallah.

Kelas Tambahan UPSR 2011

Alhamdulillah, telah selesai Kelas Tambahan sesi 1 dalam bulan puasa ini. Kelas telah dijalankan percuma setiap minggu, Isnin - Jumaat petang. Kehadiran bail bagi pelajar Bukit Jelutong. Bagi Denai Alam, alhamdulillah, masih Ada pelajar yang hadir. Didoakan agar kesemua pelajar Akan berjaya dengan cemerlang.

Laporan Pencapaian Dan Adab Pelajar

Yang ni dah settle.
Parents yang belum ambil laporan, sila dapatkan Dari staf/guru yang bertugas di Bukit Jelutong, Denai Alam Dan Bukit Subang.

Adalah menjadi harapan agar ibubapa sentiasa memantau anak2 khususnya bagi latihan bertulis di rumah. Latihan yang berterusan adalah kunci kejayaan anak2.

KEPUTUSAN PMR 2010 (32 pelajar)

PECAHAN PENCAPAIAN MENGIKUT SUBJEK

SUBJEK PELAJAR / KEPUTUSAN /TIADA INFO

BHS MELAYU 21 / A 13, B 3 / 5
BHS INGGERIS 13 / A 10, B 1 / 2
MATEMATIK 21 / A 14, C 1, D 1 / 5
SAINS 22 / A 14, B 2, C 1 / 5
SEJARAH 22 / A 13, B 2, C 1 / 6
GEOGRAFI 20 / A 13, B 1, C 1 / 5
AGAMA ISLAM 8 / A 5, B 2, C 1 / -


PENCAPAIAN KESELURUHAN
8A 7 pelajar
7a 1B 8 pelajar
5A 3B 3 pelajar
5A 1B 2C 1 pelajar
4A 4B 1 pelajar
4A 2B 1C 1 pelajar
1A 7B 1 pelajar
1A 5B 2C 1 pelajar
1A 3B 3C 1D 1 pelajar
2B 4C 2D 1 pelajar