SUCCESS IS SWEET

SUCCESS IS SWEET
Be the root of a tree and grow into the direction that you want, STRONG!

Saturday, November 28, 2009

SEJARAH PENUBUHAN PTBJU

PTBJU telah didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 dengan 3 kelas yang kemudiannya dikembangkan menjadi 5 kelas. Pada 2007, PTBJU berpindah ke D’Pangkin Commercial Centre dan mempunyai 9 kelas. Melalui konsep yang efektif dan berkat usaha serta kegigihan tenaga pengajar, PTBJU kini mampu menampung 11 kelas. PTBJU terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah institusi pengajian yang berkualiti, disegani dan mendapat tempat di hati para ibubapa.


Pada Okt 2008, PTBJU menyediakan sebuah dewan/makmal dan ruangan menunggu untuk ibubapa yang menunggu anak-anak dan untuk pelajar membaca dalam suasana santai sambil berbual bersama rakan dalam keadaan yang tenang. Dewan ini juga akan memudahkan lagi PTBJU untuk menjalankan bengkel/ceramah/aktiviti di masa depan.

PTBJU amat mementingkan prestasi pelajar. Prestasi pelajar dipantau. Kertas-kertas peperiksaan sekolah akan diteliti guru bagi mengenalpasti masalah para pelajar. Para pelajar yang telah bersama PTBJU selama 5 tahun berturut-turut ternyata kini memperlihatkan peningkatan secara berperingkat dan prestasi yang amat membanggakan. Para ibubapa telah memperlihatkan keyakinan pada pentadbiran PTBJU dan PTBJU akan berusaha untuk sentiasa memantau prestasi para pelajar dan membimbing mereka untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

KEPUTUSAN PMR 2010 (32 pelajar)

PECAHAN PENCAPAIAN MENGIKUT SUBJEK

SUBJEK PELAJAR / KEPUTUSAN /TIADA INFO

BHS MELAYU 21 / A 13, B 3 / 5
BHS INGGERIS 13 / A 10, B 1 / 2
MATEMATIK 21 / A 14, C 1, D 1 / 5
SAINS 22 / A 14, B 2, C 1 / 5
SEJARAH 22 / A 13, B 2, C 1 / 6
GEOGRAFI 20 / A 13, B 1, C 1 / 5
AGAMA ISLAM 8 / A 5, B 2, C 1 / -


PENCAPAIAN KESELURUHAN
8A 7 pelajar
7a 1B 8 pelajar
5A 3B 3 pelajar
5A 1B 2C 1 pelajar
4A 4B 1 pelajar
4A 2B 1C 1 pelajar
1A 7B 1 pelajar
1A 5B 2C 1 pelajar
1A 3B 3C 1D 1 pelajar
2B 4C 2D 1 pelajar